Total Pageviews

Tuesday, 26 June 2012

Pengumuman Minggu Ini

TeleMaklumat PERTIS (25 Jun 2012)

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 25 Jun 2012, bersamaan 5 Shaaban 1433 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.  Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.  Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1.     Seminar Wasiat Dan Pengurusan Harta Pusaka Anjuran PERTIS – JAWI.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dentgan kerjasama daripada pihak JAWI akan menganjurkan seminar di atas seperti berikut:
Tarikh: 7 Julai 2012 (Sabtu);
Tempat: Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur;
Masa: 8 Pagi Hingga 2 petang.
Seminar ini hanya terbuka kepada ahli PERTIS yang telah membayar yuran tahun 2012 sahaja.  Seramai 100 orang peserta sahaja yang diperlukan.  Untuk keterangan lanjut atau untuk tujuan pendaftaran, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS merangkapPengerusi Biro Tugas-tugas Khas di talian bimbitnya, 019-2551232; atau kepada Saudara Muhammad Nasir bin Mohammed Yusof di talian tangannya 019-3941441.  Penyertaan dibuka sehingga semua tempat yang diperuntukkan dipenuhi.  Sijil akan dikeluarkan dan ia juga boleh digunakan untuk kakitangan awam.  Sayugia diingatkan golongan kanak-kanak tidak digalakkan untuk hadir kerana dikhuatiri akan mengganggu perjalanan seminar.




2.      Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah.

Pada 1 Julai 2012,  kami ingin menjemput semua ahli/bukan ahli PERTIS untuk menghadiri satu program ceramah yang akan diadakan di Dewan Dr Ismail Kompleks MAB anjuran Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah PERTIS sempena sambutan israk mikraj dan nesfu Sya’ban. Program ceramah ini akan bermula jam 10,00 pagi dan akan berakhir pada jam 5,00 petang. Pengisian program ialah dua slot ceramah. Kami amat berharap agar semua ahli PERTIS dan bukan ahli  PERTIS dapat menghadirkan diri dalam program ini. Semoga kehadiran tuan/puan akan diberi ganjaran yang besar dari Allah SWT. Sokongan anda kepada PERTIS kami dahului dengan ucapan terimakasih.


3.      Aktiviti Koperasi SMPK Setapak.


Sukacita dimaklumkan bahawa SMPK Setapak akan mengadakan Hari Koperasi pada 30 Jun 2012 (Sabtu) mulai jam 9.00 pagi hingga jam 2.30 petang.
Sehubungan itu tuan / puan dialu-alukan untuk hadir. Pelbagai barangan dan juadah ada dijual dengan harga yang berpatutan. Kemudahan bas akan disediakan bagi mereka yang memerlukan. Sila sahkan penyertaan anda dengan menghubungi En. Mohd Fekkeri di talian 0192292023 dalam kadar segera. Kami menanti kedatangan tuan/puan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.


4.    Pemberhentian Sementara Perkhidmatan Telemaklumat PERTIS Menerusi Telefon.

Atas sebab-sebab tertentu, maka perkhidmatan telemaklumat PERTIS menerusi talian 03-40223950 telah diberhentikan buat sementara waktu.  Perkhidmatan tersebut dijangka akan dimulakan semula pada awal Julai nanti.  Untuk itu, semua maklumat mengenai PERTIS akan disalurkan menerusi email dan juga laman sesawang PERTIS di www.pertis-malaysia.blogspot.com


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
                                   

No comments:

Post a Comment